A Little Bit of Seriousness A Whole Lot of Fun...

boffopaidmail.com

Google

Friday, May 27, 2005

Semalam Di Malaysia...

Tiba-tiba aku teringat pada lagu zaman aku kecil,
Lagu nyanyian D'Loyd bagai terngiang-ngiang di telinga
"Semalam Di Malaysia"... Ya... Malaysia...
Namun aku sedar, aku sekarang di bumi India yang gersang..
Gersang tanpa kasih, tanpa sayang..
Malaysia bagai menggamit aku pulang...
Pulang pada kasih dan sayang yang aku tinggalkan..
Sementara...
Bla..bla..bla..bla... :)
Aku lupa pada tarikh sebenar peristiwa itu. Namun babak-babak cemas dan genting masih aku ingat sampai sekarang. Walaupun ianya sekadar beberapa minit, cukup untuk membuat aku berpeluh dan gundah gulana...
Tahun : 1992 (Semester II)
Masa : Selepas kuliah (Kalau tidak silap, Kursus QK2012)
Lokasi : DK-G124, di luar pintu masuk bawah.
Aku : Haaaaa....
Ha : (Smile..).. Ade ape?
Aku : (Dalam hati)... Isk, cakap KL plak ngan aku... Heheheh...
Aku : Jumpe jap (KL gak la... Baru nak belajar jadi city boy). Pok Leh ade cakap tak nak jumpa?
*Iklan:
Sehari sebelum tu aku mintak tolong kawan sekuliah, PokLeh, suruh bagitau Ha yang aku nak jumpa sekejap lepas kuliah dan aku nak buat dia sebagai teman istimewa... (Adooiii... Klasiknya....)
Ha : Hehhehe.. Ada... Kenape? (Tak habih2 ngan slang KL dia ni.. Ye la dia kenal kota lagi awal dari aku..)..
Ha : Ooopssss... (dia tergelincir)
Aku : Eh.. hati2.. Jangan gelabah (Aku pun tak tahu apsal aku keluarkan kenyataan tu... Menyesal..)
Ha : (Smile... itu la modal dia dulu dan sekarang...)..
Aku : Nak gi mana?
Ha : (Aku lupa dia nak gi mana ntah...) Bahagian Akademik...
Aku : Minum jap bleh?
Ha : Hmmm.. Bleh... Kat mana?
Aku : Pusanika lah senang...
Ha : OK...
*Iklan:
Selepas order minuman. Dia tak nak makan coz baru lepas makan pagi, etc... As usual, hero la yang bayar.
Aku : Saya nak buat awak sebagai teman istimewa... (Apsal la tak de aircon kat sini...)
Ha : Hehehhe.. Apsal? Kawan je la dulu... (Dengan muka selamber... + a little bit of mafioso...)
Aku : Hmmm... Kalau setakat nak berkawan, saya tak approach awak... (Dalam hati, aku dah ramai kawan)
Ha : (Smile + hehehhehe..)
*Iklan:
Ada banyak lagi cerita keluar dalam masa 15-20 minit tu... Cerita PokLeh, Nurin, Kak Fida, etc... End up jadi kawan gak kitorang... Cuma dalam hati masih menanti jawapan yang pasti dari Ha.... Hmmm.. Kena jadi kawan dulu rupanya....
Dipendekkan cerita, pada tahun 1993 (kalau tak silap... ye la dah lama ni.. cuma kat DK-G124 tu je yg clear sikit), Ha telah mengalami satu pengalaman yang agak teruk. Tulang kakinya retak sikit dan kepalanya terhentak di jalan raya. Dia dilanggar motor Mat Kilang yang tergopoh-gapah nak pergi kerja dan Ha tergopoh gapah nak pergi kuliah. (Tu la duk kat luar sangat... Nak menyewa la konon... Tak rock duk kat asrama..). Aku dapat berita berkenaan semasa kuliah pagi di Fakulti Sains Hayat. Seolah-olah dunia masa tu kelam. Kuliah pagi tu kira macam ambik syarat je. Tengahari tu, aku bergegas ke Hospital Kajang. Ya Allah, sesungguhnya aku sayangkan wanita ini. Masa tu, ramai sangat kawan2 dia, so aku pun nak sentimentol tak leh sangat la... Tapi hero tak hilang akal, datang lagi sebelah petangnya... Tak de orang time ni....
Jeng.. Jeng...
Masa tu dia tidur. Aku tak nak kacau. Lebih kurang 10-15 minit dia sedar. Terasa aura aku kut.. Hehhehe.. Aku tengok air mata dia mengalir ke pipi. Time tu aku tahu dia perlukan seseorang untuk berada dekat. Aku turut merasa kesedihannya. Dia cakap pening sangat kepala dia... Sakit... Aku tak berani pegang dia. Hero kampung baik tau..! :). Itulah yang berlaku saban hari. Tanpa jemu aku melawat dia di hospital sehinggalah dia discharge dan balik lepak rumah kakak dia di Segambut. Sebulan dia tak pergi kuliah. Bukan dia, tapi aku yang merana... Of coz, time nak exam aku bagi la nota2 aku yang tak teratur tu... Buleh la dia pass... Cukup makan.. Yang peliknya, aku pun jadi cukup makan gak.. Isk.. isk...
Itulah turning point pada hubungan kami. Dari kawan setia kepada pasangan kekasih yang setia. Sehinggalah pada tanggal 4hb, November, 1995 aku terpaksa tamatkan.........................................
zaman bujangku.... "Aku terima nikahnya, Wan Rohaniah Binti Wan Abdullah dengan mas kahwin yang tersebut itu..." :)
Tiba-tiba aku rasa sayu... Mengenangkan aku masih di bumi India....

14 Comments:

Post a Comment

<< Home