Anak Sulongku....!!!
Untuk ke sekian kalinya aku menulis lagi berkenaan anak kerana benar, anak-anak merupakan penawar segala duka. Juga aku berharap, coretan-coretan ini akan dapat dihayati semula bila anak-anak dah berdiri sama tinggi dengan aku nanti.
Dan aku sentiasa berharap anak-anak akan menjadi rakan karibku nanti.
Ya.. Azwar anakku yang pertama... Isteriku tersayang sentiasa melabelkan Azwar sebagai "anak butir". (Istilah orang kampungku untuk anak manja, paling rapat, paling mengikut tabiat, perangai dan sebagainya...)
Pada coretan kali ini, aku mahu bercerita berkenaan semangat bisnes yang ada pada dirinya. Bisnes? Mungkin tidak terlalu berunsurkan bisnes tetapi naluri dia untuk mendapat pulangan untuk apa yang dia buat amat ketara sekali. Usaha yang aku kira tak kenal erti penat dan lelah jelas terpampang... Ya, disamping desakan yang bertubi-kali terhadap aku untuk dia dapatkan sesuatu demi menjayakan hasratnya.
Beberapa bulan dulu (aku seharusnya lupa tarikh sebenar kerana aku tidak ambil peduli.. Aku menyesal kerana tidak ambil peduli), dia mengadakan sesi "jualan gudang". Buku-bukunya yang lama dilambakkan di hadapan rumah dan ditwarkan dengan harga RM1.00 sebiji. Kalu tidak silap, 5 buah buku terjual dengan jayanya.
Aku terkadang malu pada jiran... Namun, perlukah aku malu...? AKu masih mencari jawapan yang sesuai.
Yang terbaru, esok dia akan mengadakan sesi pendaftaran "pertandingan mengarang" dengan yuran RM1.00. Hmm.. Aku terkedu dan sayu... Adakah ini hasil dari "reality show" yang tak habis2 di TV? Atau...? Aku masih lagi mencari jawapan yang sesuai... Namun kali ini, aku bercadang untuk menyokongnya... Biarlah perasaan malu pada jiran diketepikan buat sementara waktu.. Aku nak tengok hasilnya....
Jadi aku berbincang dengannya tentang persiapannya... Setelah beberapa detik, aku sedar dia agak teliti dengan perancangannya...
Yuran? Dia dah pikir... RM1.00.. Mahal? Alaaaahhh... Bukannya mahal sangat... Pada fikirannya :)
Format pertandingan.. Dia terangkan secara terperinci... Dan adiknya Adlan merupakan salah seorang ahli jawatankuasa yang menguruskan pendaftaran.. Manakala dia menjalankan temuduga atau panel hakim.
Hadiah? Dia dah siap bungkus pun.... (Tapi hadiah tempat ke-3 adalah yang paling berharga, handphone plastik...) - Aku tak berjanji tapi aku rasa perlu untuk membuat sesuatu. Di kepalaku, mungkin "hamper" kecik boleh menceriakan suasana... Nanti keluar solat Jumaat aku singgah Giant....
Aku ada masalah kerana dia perlukan dua meja kecil.. Dan dia mendesak aku untuk membelinya... Waahhh... tidak untung ni... Satu meja RM30.00. Penyertaan RM1.00 seorang tidak boleh menampung perbelanjaan untuk pertandingan ini... :).... Aku masih mencari jalan... Malam ini merupakan "deadline".. Hmmm....
What do you all think?....

12 Comments:
At Fri Sep 16, 01:52:00 PM, WRA said…
masih terbayang mukanya yg disappointed bila bukunya tak habis terjual...I guess we have to prepare him for this feeling as well
At Fri Sep 16, 08:52:00 PM, Jill Yusoff said…
Ni besar esok jadi tauke besar ni!!!
At Sun Sep 18, 01:03:00 AM, Akuro ® said…
A'ah Abg JD+K'Wan, Akuro s7 sgt dgn Dora tu. Kecit² Azwar dh ada "otak bisnes". Esok² mesti Azwar bergelar Tan Sri Azwar Dato'/Datuk Aziz. Seorang usahawan yg berjawa, eh! berjaya. Mempunyai rangkaian toko buku terkemuka di seluruh negara.
Amin!
At Mon Sep 19, 04:13:00 PM, Anonymous said…
anak2 yang creative cam ni patut sangat encourage but as alex said - have to pre-warn him as well..
At Mon Sep 19, 04:29:00 PM, Anonymous said…
alex - i enjoy wrapping the prizes with him... krastangan gak ayah ni.. hehehhe... (mak dia asyik main "kodok" je... patut la sampai level 8)
dora - hopefully... tu la ciri2 tu macam dah ada.. :)..
akuro - bukan dato', tan sri je.. :) mana ngilang?
OO - keno join gym nih :)...
At Tue Sep 20, 12:06:00 PM, alia said…
huh.. kalau tatap wajah anak yg ceria dan senyum puas hati tu takleh beli ngan Rm30 tu..*tok gitu*
At Tue Sep 20, 03:11:00 PM, Anonymous said…
yeah rite batrisya...
tapi akhirnya meja buat sendiri.. menukang... beli plywood rm7.00 & kayu cilok kat kedai elektrik yg diorang dah nak buang... so, semua menukang... :)... lepas cat elok2.. hmmm ada bakat... (bapak plak yg rasa bangga...)
At Wed Sep 21, 08:28:00 AM, Anonymous said…
yang pentingnya abg JD, the time u spent dgn azwar, semangat kekeluargaan dan tolong2 menolong dlm keluarga serta perasaan Azwar yang pasti bangga bila ayoh dia bagi sokongan pada usaha nya tuh = PRICELESS!
At Wed Sep 21, 09:31:00 AM, Anonymous said…
yeah rite ayu... duk try buat la ni.. :)... ye la karier pun karier gak kan...
At Thu Sep 22, 08:12:00 AM, Anonymous said…
apa citer projek azwar tuh?
At Thu Sep 22, 09:29:00 AM, Akuro ® said…
Akuro tak ngilang la Abg JD. Cuma kurang sihat sikit... Thx for ur concern.
A'ach, camna project Azwar?
At Thu Apr 26, 01:01:00 PM, Anonymous said…
Cool blog, interesting information... Keep it UP funny t shirt hosting provider personal injury lawyer electric wheelchairs minnie mouse watch Dealer ottawa pontiac Diazapem diazepam prescription Auto truck seat covers Culinary in school virginia Lamborghini portofi Chronoswiss watch interior design Per ppc marketing click strategy pay promotion Okidata printer new Average us credit score Video card problem message boards online pharmacies Sacramento medical malpractice liposuction winsor pilates
Post a Comment
<< Home