Tradisi Belah Mulut Bayi...
Hari ni genap 8 hari Anis Atheefah berada di dunia yang fana ini. Dan dia asyik tidur je. Merengek bila lapar susu atau "berak". Mungkin Tok dia kat kampung tak henti-henti berdoa supaya Atheefah berada dalam keadaan baik dan jugak berkelakuan baik.
(Tok Atheefah ada tepon Ayah Atheefah 2 hari lepas... Kantoi, Ayah Atheefah duk kat kedai kopi pada pukul 10 malam. Ishk... Tak pe Ayah Atheefah dah cover sambil tanya khabar Tok Atheefah...)
Berbalik kepada topik kita kali ni, ianya tradisi bagi Mak & Ayah Alex. Selalunya diorang ada melawat. Memandangkan Mak Alex tak sihat sangat sekarang ni, diorang tak dapat datang la. Selalunya, genap tujuh hari baby, Ayah Alex akan buat upacara ni... Biasa la suami Alex jarang dapat lalui pengalaman tradisi ni. Sama ada duk tempat kerja atau kat padang golf. Tapi petang semalam Alex ingatkan untuk jalankan upacara tradisi ni.
Alex : Hari ni genap tujuh hari Atheefah.. (Sambil tersenyum...)
Me : :-).. (Tak paham maksud sebenar Alex)
Alex : Buat belah mulut la...
Me : Nak pakai apa? (Tahu la bukannya ngan pisau ke apa ke...)
Alex : Pakai madu la... Madu ada tu...
Me : OK...
Oleh kerana terkasima ngan kelajuan download Streamyx yang baru diinstall, terlupa plak nak buat petang semalam... Tapi malam ni sure buat...
Biasa tak ngan tradisi ni? Cuba share skit... Tapi belah mulut baby je tau... Kes belah mulut suami atau isteri atau kekasih tak masuk buku... :)
7 Comments:
At Sat Aug 20, 01:06:00 PM, NANI SHAHABUDIN said…
kita pun buat tradisi belah mulut ni. maklumlah cucu first, meriah giteww. ada orang berzanji, marhaban. ada sorang pakcik yang sapukan sedikit madu di celah bibir baby. saya lupa maksud adat tu. pastu ada sessi berendoi dgn ada group nyanyi lagu buaian, sedap dan sayu lagu-lagunya.
At Sat Aug 20, 06:46:00 PM, Akuro ® said…
Wahahaha... Terkesima? Abih tu sblm ni pakai dial up ke Abg JD? Huk aloh laa... Bkn slalu org wat acara belah mulut ni ngan akikah skali? Betul tu Anne, ramai org berzanji marhaban dan berendoi, ada yg pakai buah kurma Abg JD. Lebih afdhal katanya...
At Sun Aug 21, 08:47:00 PM, Anonymous said…
erk.... tak pernah lalui adat ni..selalu aqiqah jer..kim slm kat kak wan..
At Mon Aug 22, 09:54:00 AM, Anonymous said…
Alhamdulillah dan tahniah sebab dpt another baby. Tumpang gembira. Hemmm majlis belah mulut. Biasanya org org tua yg akan buat upacara ni. Kalau boleh carik lah tok iman kat kat umah tu. Perkara yg diperlukan ialah air zam zam, buah kismis, kurma , buah tin (mana-mana yg available kat dlm peti sejuk lah yer). Lepas tu, lenyekkan buah buah tu dalam air zam zam, dan suapkan pada baby. Selawat jgn lupa. Begitulah caranya yg PB selalu buat utk 4 anak dara PB tu...Kirim salam buat kak wan nyer. Comel baby....putih melepak...
At Mon Aug 22, 10:54:00 AM, Adlan said…
anne => grand jugak tradisi ni ye.
akuro => k.wan ckp lagi laju dari ofis dia.. :)
ayu => nanti dapat baby kena buat la :)
PB => detail.. tq.. personally tak tahu sangat.. at least skang tahu la...
puteri => tak pernah belah mulut? sure? :)
At Fri Mar 02, 08:12:00 AM, Anonymous said…
Where did you find it? Interesting read Wellbutrin 2005 Alcohol concerta ge zoneline motel style ptac heater air conditioner Electronic surveillance systems http://www.wedding-bentley-cars.info/blockerpopupspywareyahoo.html battery grand rapids business Supplies medications Toyota celica 90 transmission problems Assault and battery legal site Hiking in johnston county nc Levitra in uk scale kitchens Accutane indiana lawyer
At Wed May 22, 12:55:00 AM, Anonymous said…
Full Article purchase ultram online no prescription - tramadol 50 mg info
Post a Comment
<< Home